Rancangan Pengajaran Harian 1
Tema : Menyiasat Alam Teknologi
Tajuk : Teknologi
Subtopik : Penyelesaian masalah
Tempoh : 60 minit
Kelas : 4 BIjak (Cemerlang)
Objektif Pembelajaraan : 1.3 Sintesiskan bagaimana teknologi boleh menyelesaikan masalah
Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran,pelajar dapat
i) mengenalpasti masalah yang timbul dalam kehidupan harian.
ii) menghasilkan idea penyelesaian masalah yang kena pasti.
iii) mereka alatan untuk mengatasi masalah tersebut.
Pendekatan : Kontekstual
Strategi : Perbincangan, Pemerhatian
Istilah : gambar LCD, kad tebal, gunting, gum, gelang getah
Fasa pengajaran
|
Isi kandungan
|
Proses pengajaran &pembelajaran
|
Catatan
|
Set Induksi
5 minit
|
Mengemuka-kan masalah
|
Jenis aktiviti : Pemerhatian
1.Guru mengeluarkan sebatang pensel yang
serba pendek.
Semua murid diminta memerhati
keadaan pensel tersebut.
2.Guru bertanya pada murid-murid.
Guru: ‘Bagaimana keadaan pensel ini ? ’
Murid: ‘pensel itu pendek sangat.’
3.Guru meminta murid mengemukakan cara-
cara mengatasi masalah.
4.Guru memberi jawapan yang betul yang
dapat mengatasi masalah tersebut.
(gunakan penutup pen yang terbiar untuk
menutup pada pensel yang pendek.)
Guru mengemukakan tajuk
pembelajaran hari ini.
|
BBM : pensel pendek
KBKK : meramal-
KPS : Pemerhatian
|
Fasa 1
10 minit
|
Mengenal-
pasti masalah
|
Aktiviti : Pemerhatian
1. Guru menggunakan ICT menayangkan
satu situasi “ seorang pelajar sedang
membaca buku. Apabila tangannya
terlepas dari buku itu, buku tersebut akan
tertutup semula.”
2. Guru bertanyakan murid.
Guru: “Apakah masalah yang dihadapi
oleh pelajar tersebut.”
3. Murid-murid diminta memberi
penerangan ataupun penjelasan
yang munasabah.
|
Strategi Berfikir:
Menaakul
KPS: Pemerhatian
KBKK: membuat gambaran mental
Nilai murni:
Berani
mencuba
|
Fasa 2
15 minit
|
Cara-cara penyelesaian masalah
|
Aktiviti : Perbincangan
1. Guru membahagikan murid-murid kepada 6 kumpulan.
2. Guru mengedarkan alatan-alatan yang sedia ada di atas meja kepada setiap kumpulan.
3. Setiap kumpulan diminta menghasilkan satu reka bentuk yang luar biasa dimana dapat mengatasi masalah tersebut.
4. Setiap ketua kumpulan diminta keluar untuk mendapatkan alatan-
alatan .
|
BBM :
Kad tebal, gelung,
getah, gum, gunting
KBKK: mereka-
cipta
Strategi: berfikir ,
selesaikan masalah
KPS :
Berkomunikasi
|
Fasa 3
15 minit
|
Perbincangan & mereka alatan
|
Aktiviti : Perbincangan
1. Guru meminta setiap kumpulan berbicang sesama sendiri untuk menghasilkan cara-cara dan reka bentuk yang dapat mengatasi masalah tersebut.
2. Setiap kumpulan hanya diberikan selama 5-10 minit untuk perbincangan.
3. Selepas perbincangan, murid-murid diminta menjalankan aktiviti-aktiviti untuk mengatasi masalah ini.
4. Di samping itu, guru akan meronda dan memberi bimbingan dari kumpulan ke kumpulan.
5. Guru juga menyemaikan murid-murid
sikap berjimat-cermat dengan
alatan yang digunakan.
|
KBKK: menjana
Nilai murni:
Bekerja-
Sama
KPS :
Berkomunikasi
|
Fasa 4
10 minit
|
Penerangan mereka alatan
|
Aktiviti : Penerangan
1. Guru meminta setiap kumpulan mempamerkan hasil kerja dengan mendemostrasikan kegunaannya.
2. Guru juga meminta setiap kumpulan menerangkan langkah-langkah untuk mencipta alatan tersebut.
3. Guru dan murid-nurid memberi penilaian terhadap reka bentuk masing-masing.
|
Nilai murni:
Yakin diri,
sistematik
KPS :
Berkomunikasi
|
Refleksi
5 minit
|
Pengetahuan teknologi dapat menyelesaikan masalah
|
Aktiviti : Kesimpulan
1. Guru meminta murid-murid membuat satu kesimpulan setelah menjalani tugasan tersebut
Kesimpulan: segala masalah yang ditimbul akan diatasi dengan kemunculan pengetahuan teknologi.
2. Guru mengedarkan kerja tugas kepada semua murid dijadikan sebagai kerja
sekolah.
3. Dengan itu, guru juga menyemaikan
murid-murid sikap berjimat-cermat
dengan menggunakan bahan semula
untuk menghasilkan alatan.
|
KBKK :
Membuat kesimpulan
BBM: Ker ja
Lembaran
Nilai murni:
Berjimat cermat
|